Tuesday, April 17, 2012

Ganjaran Besar

Duit? Harta kekayaan? Pangkat? Kereta? Rumah?

Selalu kalau orang cakap pasal ganjaran,mungkin itulah yang bermain di fikiran manusia. Itu perkara biasa,kerana manusia memang dilahirkan bernafsu,nafsu dunia. Kadangkala rasa cinta kepada dunia boleh menjadi membuak-buak,sehingga menyebabkan kita boleh lupa diri. Nauzubillah,moga-moga kita dijauhkan dari golongan yang sebegitu,aminn.

Apa yang saya maksudkan dengan ganjaran ialah,ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran. Sungguh,janji Allah itu tidak pernah bohong,Allah itu Maha Kaya,dia mampu tunaikan semua yang dijanji,tidak seperti manusia,yang berani berjanji,tetapi tidak semua yang itu mampu ditepati. Tapi kita kena terima lah,itu lah manusia yang tidak sempurna. Kalau manusia itu sempurna,tentu dia tidak akan ingat kepada tuhannya.

Inilah ayat dalam Al-Quran,tentang ganjaran yang telah Allah janjikan untuk orang-orang yang beriman.

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
(As-Soff : 10-12)

Besar bukan ganjarannya kalau nak dibandingkan dengan seluruh nikmat dunia? Orang-orang yang telah masuk syurga,sudah tentu tidak akan mahu pulang semula ke dunia. Mengapa? Hidup di syurga itu indah,tiada kesusahan,tiada bahaya,tiada ancaman orang jahat. Kalau saya sendiri pun,jika dijanjikan syurga untuk saya,saya sudah rela mati sekarang juga. Tapi,hidup ini amanah dari Allah,kena jaga sebaiknya.

InsyaAllah,mari kita mulakan,kalau tidak segera,perlahan-perlahan,kerana berubah perlahan-perlahan dengan konsisten lebih baik daripada berubah secara mendadak tetapi sekejap sahaja. Mula untuk beriman kepada Allah dan Rasul,dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kita,kerana ganjaran besar dari Allah itu pasti,kerana Allah tidak pernah berbohong. InsyaAllah.

Uhibbuka/Uhibbuki Fillah,
haiqalzafri

No comments: