Thursday, March 29, 2012

Ta'aruf

Assalamualaikum semua :) saya telah mengambil keputusan untuk kosongkan semua post post lama,kerana? Saya rasa post saya banyak yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita semua. Blog tanpa manfaat,buat apa baca kan? Salam ukhwah.

Takpe lah,kita mula berta'aruf semula ya. Saya Haiqal Zafri,anak gabungan Negeri Sembilan dan Johor Bharu,anak ke 2 daripada 3 orang. Saya bukan lah orang baik seperti yang ramai orang fikirkan,cuma saya dan Allah sahaja yang tahu betapa buruknya saya. Saya hanya seorang manusia,yang ingin menjadi lebih baik,dan juga mengharap bimbingan rakan-rakan yang lain,mohon bimbingan semua,insyaAllah Allah membalas budi sahabat sahabat sekalian.

Biasa lah,orang cakap,kalau kita duduk bersama orang-orang yang baik,insyaAllah kita akan terikut sama. Saya mengaku,saya yang paling jahil dalam golongan kawan-kawan saya. Banyak perkara terlarang yang saya buat yang mereka tidak buat,lagi-lagi apabila berada di dalam kumpulan usrah saya. Murobbi kami pernah berpesan,tinggalkan jahiliyah yang ada dalam diri. Benar,semua orang ingin buat begitu,tetapi saya,masih lemah dalam menentang kehendak diri,malunya saya terhadap mereka,malunya saya terhadap Allah.

Kagum melihat rakan-rakan yang rajin mengaji,kagum melihat rakan-rakan yang menghafal al-Quran sehingga habis 30 juz,kagum melihat rakan-rakan yang sering memberi tazkirah,berpesan untuk sentiasa mengingati yang Maha Esa. Sampai bila saya mahu terus hidup dalam kejahilan?

Jawapannya tertulis sendiri dalam surah ar-Ra'd ayat 11,kalam Allah yang tidak asing lagi buat semua.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Jadi sekali lagi,tanyalah diri sendiri. Sampai bila saya mahu terus berada dalam kejahilan? Tidak,saya tak mahu. Saya rasa sudah cukup untuk saya jadi hamba yang alpa,yang penuh dengan dosa. Benar,manusia tidak lari daripada melakukan dosa,tetapi kita perlu juga berusaha menghindar dosa tersebut kan?

Akhir kata,harap sahabat-sahabat dapat sentiasa membawa saya ke arah kebaikan,dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya hampir keluar dari garisan yang sepatutnya. Salam ukhwah semua.


Jadilah seperti matahari yang tidak pernah berhenti melaksanakan perintah Allah untuk menerangi seluruh alam semesta dengan cahaya terangnya.

Uhibbuka/Uhibbuki Fillah
haiqalzafri

No comments: