Assalamualaikum semua. Apa khabar hati dan iman? Harap semua sihat belaka yea. Hari ni saya nak cerita sikit pasal beza hidup seorang dengan jemaah. Okay kalau dalam solat sekalipun dikatakan darjat solat berjemaah lebih tinggi daripada solat bersendirian.
'Solat berjemaah melebihi solat bersendirian,sebanyak 27 darjat'
-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim-
Okay,kali ini saya relate kan dengan kehidupan saya,berdasarkan pengalaman saya. Mungkin pandangan saya tidak sama dengan orang lain,ini hanya cerita hidup saya sebagai orang yang lemah.
Saya rasa,bila duduk dekat asrama dulu,memang rasa lebih selamat,berbanding duduk di luar. Mengapa? Semasa tinggal di asrama,kita akan sentiasa dikelilingi kawan-kawan. Selagi kita berada dalam kelompok kawan-kawan yang baik,InsyaAllah senanglah untuk kita berubah ke arah yang baik seiring dengan mereka. Saya rasa,ramai yang rasa begini kan?
Semasa saya di Intec,walaupun banyak lupa diri T.T saya rasa kalau saya tersesat jauh,kawan-kawan usrah saya selalu jadi inspirasi kepada saya untuk tak pergi ke arah buruk. Tambahan pula dengan murobbi yang sering ingatkan peranan kita sebagai pemuda,lagi lah saya rasa perlu bertanggungjawab. To be a real Muslim,yes.
Saya mula lemah setelah kawan-kawan semua pergi,dan saya tinggal seorang di rumah. Tiada yang membimbing,tiada yang menasihat,yang ada cuma diri sendiri. Diri sendiri lah yang menegur kesalahan,diri sendiri lah yang kena bawa diri. Waktu ini,baru lah saya rasa nikmatnya hidup berjemaah. Peluang untuk menjadi baik sangat cerah. Kalau boleh,saya ingin sentiasa hidup dalam jemaah bersama rakan-rakan saya. Apakan daya,tiada rezeki. InsyaAllah,saya harap akan jumpa dengan kawan-kawan yang boleh seiringan dengan saya untuk menjadi baik.
Pengalaman cetek saya ini agak mengajar saya,kepentingan hidup berjemaah. Sesuailah dengan peribahasa Bahasa Malaysia 'bersatu teguh,bercerai roboh'. Terutamanya 'Bulatan Gembira',atau lebih senang dikenali sebagai usrah. Saya rasa,waktu paling banyak saya belajar mentarbiyah diri ialah dalam usrah. Semoga kita sentiasa terpelihara dari perkara-perkara yang lalai dan masuk ke dalam golongan yang diredhai Allah InsyaAllah.
Uhibbuka/Uhibbuki Fillah,
haiqalzafri
2 comments:
Usrah - support system bak kata Kak Catriona Ross :)
keep writing!
Yes tepat sekali. Sekarang dah bukan kat college,dah takde usrah. Will join later. InsyaAllah, Thanks :)
Post a Comment