Wednesday, May 23, 2012

Suppose And Want

Assalamualaikum ya kawan-kawan. Apa khabar semuanya? Harap semua sihat sahaja ^^

Keinginan manusia,memang banyak. Ada yang suka main,ada yang suka membaca,dan tidak lupa juga kepada mereka yang suka menangkap gambar. Kepelbagaian inilah yang menceriakan suasana bumi ciptaan Illahi ini dengan pelbagai ragam dan minat manusia. 

So apa kaitannya dengan tajuk ni Encik Haiqal?

Ohh maaf,lupa pula ^^ tentang 'Suppose and Want' ini,iaitu mengenai kemahuan hati kita dan juga tujuan asal kita. Nampak sama? Ohh tidak,agak lain di situ. Saya ambil contoh seorang pelajar. Apakah 'suppose' hidupnya sebagai seorang pelajar? Semua orang akan menjawab,'belajar la Encik,apa lagi'. Tapi sebagai manusia,pelajar tersebut juga akan mempunyai keinginan lain,itulah yang dipanggil 'want'. Main-main,jalan-jalan,pergi shopping,beli barang,itu semua pun hobi yang sudah tidak asing lagi bagi pelajar.

Tapi Encik Haiqal,kami budak lagi,kami nak life.

Faham faham,saya pun budak lagi. Memang betul,semua orang pun nak life. Saya tidak menghalang siapa pun pun mempunyai hobi masing-masing. Sedangkan Islam sendiri tidak menghalang hobi yang tidak melalaikan,siapa la saya untuk menghalang. Tapi kita perlulah tahu batas-batas kita. Tahu priority kita dalam hidup ini,dan stabilkan yang mana 'suppose' dan yang mana 'want'. Utamakan yang lebih penting dahulu.

Tapi bosan la asyik nak kena ikut tujuan hidup kita je,nak enjoy banyak.

Enjoy memang seronok,saya sendiri pun suka enjoy. Tapi nak ke kita menyesal di kemudia hari akibat terlebih enjoy? Saya tak rasa pun ada orang yang sanggup masa depan dia tergadai demi kegembiraan yang sekejap. Jangan risau la adik,kita bersusah la dulu banyak banyak,nanti lain kali senang,baru puas hati dengan usaha kita :)



Sebagai seorang Muslim,kita sendiri tahu tujuan hidup kita yang sangat jelas tercatat dalam surah Al-baqarah:30, dan Az-Zariyat:56. Tujuan yang sangat penting,iaitu beribadah kepada Allah swt dan menjadi khalifah di muka bumi. Layakkah kita bergelar hamba yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah Allah yang sudah terang lagi bersuluh ternyata dalam ayat tersebut? Sekali lagi saya ingatkan,tak salah untuk mempunyai hobi dan minat masing-masing,selagi kita tak lupa tanggungjawab sebenar kita.

Mungkin ini sahaja perkongsian saya setakat ini. Ini cuma pandangan saya yang kurang ilmu,sebarang kekurangan harap maaf,dan perkongsian ilmu serta teguran amatlah saya hargai. Semoga kita terus Istiqamah dalam menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh InsyaAllah.

Uhibbuka/Uhibbuki Fillah,
haiqalzafri

2 comments:

Anonymous said...

Thanks encik Haiqal. ^^
Post ni buat saya lagi kuat nak pentingkan tujuan drpd keinginan.
*especially bila nak g shopping.hihi.

Haiqalzafri said...

Sama-sama mengingatkan InsyaAllah.