Sunday, July 22, 2012

Inilah Bulan Yang Diberi Nama Ramadhan

Assalamualaikum :)

Hari ini sudah masuk Ramadhan hari yang ke-dua. Jadi bagaimana amalan kita setakat ini? Harap semuanya baik-baik sahaja,dan Ramadhan ini menjadi 'Booster' untuk kita terus kuat dalam beribadah :)

Semua orang pun tahu,amalan yang semua orang pun akan buat semasa Ramadhan,iaitu berpuasa. Jadi,apakah definisi puasa sebenar dalam Islam?

'Tak payah makan dan minum la,apa susah. Itu la namanya puasa'

Tet! Maaf,anda sudah silap ^^
Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,malah menahan diri dari melakukan perkara-perkara dosa dan mengikut nafsu. Terutamanya buat para lelaki yang suka tengok-tengok perempuan,harap dapat latih diri untuk jaga pandangan ya :)

Di bulan Ramadhan ini la yang orang kata,Pesta Ibadah. Kenapa yea? Sebab,bulan Ramadhan ni,banyak manfaat dia dalam mengerjakan ibadah. Pintu syurga di buka seluas-luasnya,dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Masa ini juga tiada syaitan,makan lebih mudah la kita beribadah tanpa gangguan makhluk tu,hihi.

Okay la,saya nak bagi macam jelas sikit kan,bab solat la. Kalau kita solat sendirian,kita akan dicatatkan 1 pahala kebaikan. Tapi kalau kita solat fardhu berjemaah,kita akan mendapat 27 catatan pahala kebaikan.

'Ala sikit je beza'

Mana ada sikit,26 tu,cuba tukar jadi Ringgit Malaysia -.- kalau bulan Ramadhan macam mana? Tengok sini. Satu kali kita solat fardhu bersendirian,kita akan dicatatkan 70 pahala kebaikan. Kalau berjemaah? Kita kira la,27 kali 70 jadi berapa? 1890,gulpp! Banyak tuu. Compare 1 dengan 1890,kita pilih mana? Fikir la sendiri ^^

Kalau kita nak cerita,memang banyak la manfaat bulan Ramadhan ini. Yang paling orang nak kejar ialah,malam yang lebih baik daripada seribu bulan,iaitu malam Lalatul Qadar. Malam ni sangat sangat sangat la AWESOME! Kita sendiri boleh kira,berapa ramai sangat la orang boleh hidup sampai seribu bulan. Ini dengan satu malam,kita boleh dapat syafaat tu. Siapa taknak? Kalau nak angkat tangan \^o^/

Nak syafaat,usahakan. Orang yang membazir peluang ni,sangat lah rugi. Belum tentu lagi Ramadhan tahun depan kita dapat bertemu. Orang yang sia-siakan bulan ni,ibarat orang bagi hadiah,lepas tu dia buang masuk tong sampah. 

InsyaAllah,semoga kita tergolong dalam golongan orang yang tidak rugi. Selamat beribadah wahai ahli-ahli syurga~ :)

Al-Baqarah : 185

Uhibbuka/Uhibbuki Fillah,
haiqalzafri

No comments: