Thursday, May 23, 2013

Saya Masih Hidup

Assalamualaikum. Ada orang tak?

Ya, saya tahu semua orang rindukan kemunculan saya. Betul kan? Baik kalian cakap betul, sebab saya tahu jawapannya memang betul. Tak, saya tak perasan, ini memang betul. Serius la saya tak tipu. Tolong jangan nafikan.

Hiks, gurau sahajaa :) oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya menghilang. Kadangkala, kita berada di atas. Ada juga masa kita berada di bawah. Maaf, dalam beberapa bulan ini, hidup saya sangat terumbang ambing sewaktu berenang merentasi lautan luas dek ombak yang terlalu kuat ibarat lori yang memandu sehingga 198km/h. Baiklah, itu tidak logik. Tapi boleh la sebagai perumpamaan.

Saya tiada tujuan penting sangat menulis post ini. Cuma saya ingin maklumkan kepada semua bahawa Alhamdulillah, saya masih hidup di bumi Ilahi ini. Ya, jangan risau, saya masih hidup. Ya benar, sedang menekan-nekan keyboard. Ya itu juga benar, sedang berfikir nak taip apa.

'Selagi kita diberi nafas, selagi itu Allah masih memberi kita peluang untuk bertaubat.'

Saja menekan-nekan keyboard. Moga Allah redha :)

No comments: