Friday, July 19, 2013

Mayat Hidup

Sedetik. Sesaat. Seminit. Sejam. Sehari. Seminggu. Sebulan. Setahun. Ohh, sudah satu tahun setengah rupanya. Laju juga waktu berjalan.

Setahun setengah sudah saya menjadi seorang pelajar di GMI. Tetapi, 'zuq' belajar di sana masih lagi tidak dapat dirasai. Wallahi, saya sendiri pun taktahu. Saya tahu, semuanya Allah tentukan, Allah tentukan saya berada di sini. Tapi saya masih tidak dapat rasa saya berada di sini. Kalau mahu dikatakan dapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan, tidak juga. Hadir ke kelas, berkawan dengan ramai orang, tetapi, semangat itu tetap tiada.

Bak kata seorang kakak, 'Akak tengok awak ni macam a moving dead body. Hidup, tapi takde semangat.' Saya selalu mengingatkan diri saya, teruskan hidup, teruskan hidup. Bukan, saya bukan bersedih kerana tidak dapat ke Korea Selatan, tetapi sedih kerana saya tidak kuat untuk menyatakan hajat saya yang sebenar, di mana saya mahu belajar dan bidang apa. Apa kan daya, segalanya telah terjadi, maka saya tetap perlu terus dalam bidang ini.

"Kadangkala kita yang kena biasakan diri kita dengan keadaan, bukan duduk mencari keadaan yang biasa dengan kita." - Abang Niswan

Ada juga orang yang berpesan, 'Orang hebat. Ujian takkan comel comel saja?' 

Ohh Haiqal, awak boleh pilih untuk terus begini. Tapi sampai bila mahu begini? InsyaAllah, saya akan usaha untuk terus berada di jalan ini Lillahitaala, demi keluarga, demi mereka.

Sekian.

4 comments:

Unknown said...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri." (Ar-Ra'd : 11)

Haiqalzafri said...

Jazakillah ya ukht.

Chad Heavenray said...

haiqal hebat... mane boleh haiqal x hebat... kalo x Allah x bagi haiqal ujian camtu... ^_^

Haiqalzafri said...

Syukran Syade Syade ^_^