Sunday, August 4, 2013

Puisi

Assalamualaikum :)

Sebenarnya, tiada sebab yang munasabah pun untuk saya menulis post terbaru ini. Tetapi, suka untuk saya kongsikan satu puisi. Puisi kegemaran saya daripada filem Ketika Cinta Bertasbih :)

Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sihat,
Mengubah bakhil jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah Cinta.

Saya suka puisi ini kerana, entah, saya juga tidak tahu. Puisi ini bukanlah istimewa kerana pemberian orang atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Cuma, saya menyukainya :)

No comments: