Thursday, October 3, 2013

Tiada Yang Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim.

Sungguh, saya lebih mengenali diri saya berbanding orang sekeliling. Sungguh, saya lebih mengetahui segala aib saya berbanding mereka yang memandang tinggi kepada saya. Sungguh, saya amat malu untuk dipandang hebat, dipandang baik, dipandang sebagai lelaki soleh oleh orang di sekeliling saya.

Sejujurnya, saya tidak selesa dipandang begitu. Mana mungkin seorang manusia itu tidak melakukan kesalahan selain baginda yang kita kasihi, Muhammad SAW. Tidak selesa kerana khuatir, mungkin akibat satu kesalahan bakal saya lakukan, akan membawa fitnah besar buat Islam. Pasti ada juga mulut yang akan berkata-kata.

'Eleh, konon je baik, bawak nama Islam. Padahal dia tu selalu je ...(isi tempat kosong)... Dah la selalu ...(isi tempat kosong)... jahat pulak tu. Nampak je soleh, kau tak tahu dia ...(isi tempat kosong)...'

Bukanlah hak saya untuk melarang orang memandang saya sebagai orang baik, tetapi saya juga mohon supaya mereka juga memandang saya sebagai manusia biasa yang semestinya akan melakukan salah. Moga Allah izinkan kita menjejakkan kaki ke dalam syurgaNya di akhirat kelak InsyaAllah.

Sekian,
Lelaki yang mahu menjadi soleh.

No comments: