Thursday, October 25, 2012

Apakah Hujah Aku?

Andai aku sudah pasti ke syurga, tidak perlulah aku mendirikan solat.
Andai aku sudah pasti ke syurga, tidak perlulah aku berpuasa di bulan Ramadhan.
Andai aku sudah pasti ke syurga, tidak perlulah aku membayar zakat.
Andai aku sudah pasti ke syurga, tidak perlulah aku mengamalkan al-Quran,tinggalkan sahaja di rak sepanjang masa.

Andai, andai, andai. Dalam kondisi sekarang, tiada siapa pun yang dijamin untuk ke syurga. Yang kuat berusaha dan diredhai, InsyaAllah ke sana jua akhirnya. Bagaimana pula yang sambil lewa, suka memberontak, meremeh-temehkan hukum hakam yang Allah telah tetapkan di bumi ini? Nauzubillah,minta dijauhkan dari segala azab Allah yang pedih.

Andai aku tidak mendirikan solat,apakah hujah lain untuk aku ke syurga? Oh,mungkin aku boleh minta bantuan puasa aku.

Andai aku tidak juga berpuasa,apakah hujah aku untuk ke syurga? Oh,mungkin aku boleh minta bantuan amalan lain aku.

Andai aku tiada juga amalan lain,tinggal diri sendiri dan dosa yang menyelubungi, apakah hujah aku untuk ke syurga?


No comments: