Saturday, October 6, 2012

Mujahadah Itu Perlu

'Betulkah jalan ini? Betul ke? Allah redha ke? Betul ke jalan yang aku pilih ini?'

Hari demi hari, inilah soalan yang selalu terngiang-ngiang di kepala. Ku lihat telefon bimbit, ku letakkan semula. Ku lihat semula telefon bimbit, dan ku letakkan semula. Patutkah saya katakan yang saya sudah tidak mampu menipu lagi? Saya tak suka semua ini, saya ingin bebas. Saya tidak mahu sesiapa dosa kerana saya. Saya tidak mahu,ye saya tidak mahu!

Tengah malam , 7/10/2012

Alhamdulillah, saya sudah berjaya. Saya berjaya bebaskan diri daripada salah satu belenggu dosa yang sering saya fikirkan. Saya selamatkan diri saya dan orang lain. Saya harap Allah ampunkan semua dosa saya selama ini. Biarlah yang lepas dijadikan pengajaran, pengajaran yang sangat besar supaya saya tidak mengulang lagi kesilapan besar saya. Ya Allah, astaghfirullahal'azim.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan petunjuk, terima kasih kerana masih menyayangi hamba yang sering melakukan dosa ini. Malu, sangat malu. Menumpang di bumi Ilahi tanpa sebarang yuran, sambil itu merosakkannya! Lillahita'ala, saya mahu semua orang ke syurga. Inilah jalan terbaik InsyaAllah. 

Maaf, itu sahaja perkataan yang mampu saya ucapkan. Asif jiddan, Assalamualaikum.

No comments: