Saturday, October 27, 2012

Ikhwan Lembik

Terkapai-kapai. Tercari-cari. Tidak mahu mengalah, tetapi hati sudah pun lembik. Longlai, lemah tanpa bantuan. 

Ya Allah, inilah yang saya rasakan sekarang. Saat-saat saya menyendiri, selama lebih kurang 8 bulan berseorangan. Ya, ada ikhwah yang menyambut tangan ini, tetapi saya tidak rasa seperti semasa dahulu saya di sambut lebih kurang setahun lebih yang lalu.

Ikhwah lain sudah jauh menjadi lebih hebat dan lebih hebat, saya masih terkapai-kapai, mencari hala tuju yang sudah tahu tetapi tidak menemui jalannya. Mana jalan yang sepatutnya saya ambil? Di manakah bulatan saya? Hari demi hari, badan tersungkur, semakin banyak calaran luka di badan. Hati masih teguh ingin bangkit, tetapi tetap tersungkur jua. Saya memerlukan bantuan.

Ikhwah,kamu terlalu jauh. Walaupun saya sentiasa yakin kita sentiasa dekat,hakikatnya kita jauh. Allah, saya benar-benar perlukan sokongan. Hidup berseorangan dan terkapai-kapai, ibarat jasad tanpa roh. Bibir sudah tidak terkata. Mohon maaf atas luahan ini. Allah. Allah. Allah....

P/s:
Akhi Nik Amin. Akhi Shafiq. Akhi Irsyad. Akhi Bukharry. Akhi Faiz. Akhi Saiful. Ana rindu antum semua. Salam ana dari sini. Haiqalzafri.

7 comments:

PEMBURUMASA said...

sabar haiqal.
Allah tengah uji ni. Allah takkan uji kalau Dia tak tau kalau hamba dia tak mampu hadapi kan?

jalan mujahadah tu memang takkan ditabur bunga2 mawar kan?
sebaliknya banyak duri2, batu kerikil tajam, buatkan kau luka.

tapi percayalah, syurga tu manis. sangat manis! :)

Haiqalzafri said...

Terima kasih Arep,terima kasih. Sangat lembik malam ni :')

PEMBURUMASA said...

alah ingat tak kenal aku lagi -.-
dah ubah pon kenal lagi eh? haha

takpe. ingat Allah je. dengan mengingati Allah, hati itu akan tenang.

Haiqalzafri said...

InsyaAllah,thanks thanks.
Ingat boleh sorok ke,hihi.

Shafiq said...

haiqal,jalan yg kta tempuh bukan jalan yg semua org nak,mmg ada masa kita jatuh n ada masa kita naik,masa kita naik kita nasihat org,masa kita turun kita terima nasihat org,ingat kita jadi macam apa yg kta fikir,jgan terlalu fikir knpa kta x leh jadi macam tuh tpi fikir macam mana nak jdi macam mereka n laksanakan apa yg kita fikir..tpi x salah pun kita nak fikir knpa kta x jdi macam mereka yg lebih hebat sbb nnti akan jdi motivasi kta..tpi dont be over akhi..ak pun sedang cuba utk menjdai daei yg hebat macam haiqal zafri tau,,,hihih

Shafiq said...

haiqal kuatkan diri..ak pun tgh nak jadi hebat macam haiqal zafri,,hhhih

Haiqalzafri said...

Ya Allah, Shafiq! Ada account rupanya. Ahh rindu Shafiq :D InsyaAllah, semoga terus tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Shafiq Qowiy :)