Assalamualaikum... Haiqal... :')
Satu pesanan ringkas whatsapp telah masuk ke dalam handphone saya. Nombor yang tidak dikenali, tetapi saya seperti syak seseorang ini. Sahabat Jordan saya, tetapi nombor itu dihantar menggunakan nombor Malaysia. Belum pasti siapakah orangnya, saya reply dengan jawapan salam, dan menunggu mesej seterusnya masuk. Tunggu dan tunggu, mesej tidak dibalas.
Hari seterusnya, masuk pula mesej dari nombor misteri tersebut. Ya Allah, dia rupanya! Sudah lama saya cari cara untuk hubungi dia, kawan yang sudah lama lost contact. Lost contact kerana saya seorang yang cuai, yang selalu hilang handphone. Maaf maaf.
Alhamdulillah, saya dapat hubungi kawan saya semula. Alhamdulillah, sihat belaka. Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya untuk berhubung dengan dia. Ya Allah,kekalkanlah persahabatan kami hingga ke syurgaMu. Ameen ya rabbal alameen :)
2 comments:
mahu berkongsi.
13:28
57:11
:)
Terima kasih :)
Post a Comment