Sunday, November 11, 2012

Hanya Lima Hari

6 November - 10 November 2012

Sekejapnya waktu yang diperuntukkan untuk kami berhubung. Sahabat yang sudah lama menghilang, kini terpaksa pergi semula. Walaupun saya tidak tahu mengapa, tapi saya yakin, dia perlu menyelesaikan tugasnya di bumi Jordan itu. Handphone yang digunakan, tidak akan digunakan lagi.

Peliknya, kami berkenalan tidak lama, dan perkenalan yang hanya kebetulan mungkin. Oh, mana ada kebetulan di dunia ini, semuanya takdir Ilahi. Allah telah mengizinkan saya bertemu dengan seorang sahabat yang amat baik di mata saya. Mana tak sekejap, program MEP di Intec hanyalah selama 3 bulan, dan saya rasa saya cuma bertemu dengan beliau hanya seketika. Perkenalan yang berlaku di dalam bas, pada hari jumaat, ketika tiada tempat duduk kosong yang tinggal di dalam bas melainkan tempat sebelah saya.

'Jaga diri. Jadi baik. Jaga solat. Jaga iman. Hari-hari tajdid(perbaharui) iman. Remember your priority'

Pesanan beliau sebelum reset data phone. Terima kasih. Cerpen 'Uhibbuki Fillah' yang dikarang olehnya masih tersimpan di bilik saya. Alhamdulillah, cerpen itu juga agak menarik di baca, dan juga bermanfaat. InshaAllah kita akan bertemu semula suatu hari nanti ya sahabat.  Ingat Allah selalu. Apa-apa pun masalah yang kita hadapi, ingatlah. Life Must Go On :)

5 comments:

NURUL FARHANAH WAN HASAMUDIN said...

i had sent you emails. :)

Iridescent Aisyah said...

insyaAllah akan berjumpa dgn dia lagi :D

Haiqalzafri said...

InshaAllah :)

PEMBURUMASA said...

wehh sape eh? aku kenal ke tak? haha just curious :)

Haiqalzafri said...

Tak kenal rasanya :)